
BISMILLAH
seorang rakan...bukan kawan apatah lagi sahabat,sangat jauh kalau nak dijadikan sahabat
tetapi....hari-hari dia penuh dengan ujian namun dia kuat, dia sentiasa tersenyum di samping teman-teman rapatnya. di kelas, dia selalu diejek,diperli sedangkan dia tidak mengganggu hidup orang lain. kesian,siapa tidak kesian?...baru-baru ini orang yang tersayang meninggalkan dia. rapuh hati aku melihat ujian yang dihadapinya
'kenapa tak rapat dengan dia je?' alhamdulillah,sekarang aku rapat dengan dia malah tersangat rapat...
kisahnya begini
kisahnya semestinya bermula di sekolah kan...ok la, guna ayat biasa jelahh
ada suatu hari tu,saya dipanggil oleh guru kelas atas beberapa tugasan. semasa perjalanan pergi ke kelas, saya ada ternampak rakan saya di sebuah pondok wakaf sekolah kami...hairan la jugak.'kenapa dia duduk kat situ ye?sekarang ni masa waktu belajar'. aku pergi je la kat dia kan,takut jugak nak tegur sebabnya kedengaran macam dia sedang menangis.tapi aku kuatkan diri datang kepada dia..."hey,awak.sekarang waktu belajar ni.masuk kelas,boleh?'aku gunakan suara yang paling halus takut dia terasa hati pulak ganggu dia sedang menangis...alangkah terkejutnya saya,dia datang terus peluk saya sambil berkata" penat,aku penat" dengan suaranya yang serak...
saya pun risau la jugak...'ok,kenapa ni?ada masalah apa?'
dia cerita semua kisah dia dari awal hingga akhir. fuhhh,memang berliku seharian dia
selepas dari hari tu,kami rapat ...saya pun tak tahu semudah itu kami rapat dan tidak disangka juga segala rahsia dia yang dipendam sekalian lama diluahkan kepada saya yang hanya seorang rakan. Ya Allah,betapa jahatnya aku membiarkan dia diejek,dihina,diperli sebegitu rupa. aku biarkan je sebab aku tahu dia kuat tapi apakan daya dia juga manusia aku juga manusia.ada kelemahannya tersendiri. selepas dia habis menceritakan segala kisah hidup dia,hanya satu yang aku kata 'ALLAH'...esakan dia terhenti seketika
'maksud awak?'
"Allah itu Maha Ada,Maha Wujud,Maha Mendengar,Maha Mengasihani,dia sayang awak dia beri ujian seperti ini untuk melihat tahap iman awak.jangan pernah bersedih dengan apa yang Allah bagi,mungkin ada hikmah disebaliknya"
'semua orang cakap ada hikmah disebaliknya tetapi saya tak nampak apa hikmah.sebenarnya apa hikmahnya Allah bagi semua ujian ni kepada saya?'
"awak harus cari sendiri dan dalam pencarian hikmah itu awak perlu bersabar"
Dia terdiam.saya suruh dia lap air mata dia
kami masuk kelas bersama dan tu je la
pengajarannya.
~tolong jangan jadi salah seorang daripada penghina,pengejek,pemerli atau apa-apa yang membuat orang lain terasa hati(please don't be someone like that)
~menerima ujian dari Allah dengan hati yang lapang,tenang,pasrah dan reda.
dan lain-lain...
p/s:jika anda sayang saudara sesama Islam anda,anda doakan dia tau...
:apa yang saya tulis tidak semestinya berlaku pada saya. saya mendapat ilham
dari buku,pengalaman orang awam dan persekitaran saya
sekian dari saya...
wallahua'lam