You'll never be brave if you don't get hurt. You'll never be learn if you don't make mistakes. You'll never be succesful if you don't encounter failure.

islam is the way of life



Assalammualaikum




Satu kisah tentang seorang lelaki muda dari US, Amerika. Seseorang yang kuat agamanya.

Suatu hari dia masuk ke dalam lif dan  apabila dia di dalam lif, seorang perempuan masuk ke dalam lif dengan keadaannya yang tidak menutup aurat. Lelaki tersebut hanya tunduk ke lantai tanpa melihat perempuan tersebut. Perempuan itu merasa marah,sakit hati kerana pertama kali seseorang tidak memandangnya. Perempuan mula membuat bunyi dan hanya mereka berdua di dalam lif . lelaki itu tetap tunduk ke lantai dan tidak berkata apa-apa.

Lif itu berhenti dan perempuan itu nak ke tingkat yang lebih tinggi. Apabila lelaki keluar dari lif perempuan itu mengikutnya dari belakang dan perempuan bercakap “hey, you know what? I’m very offended! Am I so bad, si dirty, so ugly that you couldn’t even look?”. Perempuan ini jujur dan dia biasanya dilatih yang setiap perempuan perlu menarik perhatian lelaki. Lelaki itu berkata “ look my sister you know what l’m a Muslim, I respect you so much, really! And I have a wife and daughter, mom and I would not … I don’t want to insult myself and and yourself and you know.. staring at you, what am I gain by it? Dan lelaki tersebut menjelaskan dengan cara yang baik. Perempuan itu minta nombor telefon lelaki itu dan dengan cara yang hormat lelaki itu setuju. Lelaki itu berhubung dengan perempuan itu dan lelaki tersebut menerang kan tentang Islam.. masha Allah, perempuan itu memeluk agama islam. Perempuan itu berkata “Islam telah membebaskan aku dari seseorang yang keluar dari rumah dengan melihat cermin selama setengah jam dan lebih tanpa menghabiskan masa dengan berbagai jenis baju, saya hanya perlu memakai jubah hitam dan berjalan keluar dari rumah”.

Dari kisah yang pendek ini kita tidak boleh juga menyalahkan perempuan 100% tentang aurat mereka. Lelaki juga wajib menjaga matanya dari perkara maksiat dan saya lebih suka jika lelaki sendiri yang menegur sebilangan perempuan yang tak menutup aurat. Lelaki muslim sifatnya melindungi dan memimpin.

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).

Yaa. Wanita adalah tanggungjawab kamu, wahai muslimin semua. Perlu ada sifat malu dalam diri lelaki jika muslimat pula yang memimpin kamu bukannya muslimat pula perlu dipimpin. Muslimat pun sama, jangan ingat lelaki itu pemimpin,awak kena tunggu lelaki gerak dulu baru awak tersedar. Wanita solehah itu bijak menguruskan diri dan menjaga maruahnya.

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "(surah al-Ahzab, 33:59)

Okey, that’s it. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya yang banyak kekurangannya.


Wallahualam.
0 comments

Penawar hatiku

Assalammualaikum

Image result for hati yang sakit dalam islam

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.

Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.

Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.

Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.

Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.

Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.

Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).



5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini  yang tidak benar.

 Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.



6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.

Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.

 Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,

Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.


Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

DOA PENERANG HATI
wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku tugasku, lepaskan sipmpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku  (surah taha: 25-28) 

website from ›  akuislam.com
0 comments

tanda-tanda seseorang suka kamu



Assalammualaikum.


Ehem…  saya tak akan beritahu tentang tanda-tanda seseorang suka kamu dan tak perlu untuk diberitahu tetapiiii tunggu dulu jangan terburu-buru. Saya ingin beritahu apa maksud cinta yang sebenar yang selalu disalah erti oleh pemuda-pemudi pada zaman kita ini.

Sibuk bercinta, bercouple. Sedangkan itu bukanlah bukti seseorng mencintai kamu dengan mengikut batas syarak yang telah Islam ajarkan. Kita selalu ditipu tentang cinta yang disiarkan di kaca televisyen,novel dan lagu-lagu dan membuatkan remaja-remaja dibuai oleh angan-angan yang tidak sahih. Mereka selalu memikirkan “adakah dia jodohku?” dan “adakah dia ciri-ciri lelaki/wanita yang aku cari?” . itu hanya dongeng !

Sedarlah! Kita hidup di dunia reality maka berfikirlah secara realistik dan logik. Sepatutnya kita sebagai remaja yang soleh dan bijak perlu membuat persediaan bagi meniti suatu masa nanti yang dipanggil perkahwinan. Alam perkahwinan ini bukannya hanya untuk berseronok,bersuka-ria seperti yang ditayangkan di dalam cerita Hindustan . tidak sama sekali! Alam itu penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Bagaimana dapat bertahan dengan pasangan hingga akhir hayat kita? Bagaimana nak cari duit? Sudah dapat duit bagaimana nak bahagikan masa dengan sahabat,isteri dan anak-anak? Bagaimana nak bina keluarga yang mawaddah warahmah? Pelabagai lagi persoalan yang ada diminda kita nanti yang pasti dari sekarang kita ada persediaan. Apa dia persediaan itu? Dari segi kewangan untuk beri nafkah kepada keluarga , dari segi ibadah kita solat tepat pada waktunya, al-quran tidak tinggal dan mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Dari segi emosi adakah kita cukup matang dalam mengawal marah dan sikap suka merajuk. Dari segi ilmu semestinya untuk mengajarkan masyarakat kecil di dalam keluarga kerana kita sebagai ibubapa pada masa akan datang yang mecorakkan mereka. Bagi muslimah pula harus bersedia duduk kat dapur tu,hehe. Yaa, memangla syarat berkahwin tu bukannya seseorang muslimah wajib pandai memasak tetapi persediaan itu perlu. Takkan setiap hari beli makanan di luar,mesti jemu nanti. Belajar sikit-sikit dulu sekurangnya tahu dari tak tahu langsung. Okeyy, semua aspek ini para remaja harus bersiap siaga dari sekarang. Dengan ini, awak-awak semua akan menyibukkan diri  dari  melakukan perkara maksiat . tak akan ada couple atau percintaan yang tak benar-benar ke pernikahan.

Awak ini siapa? Siapa saya tak perlu tahu, saya hanya kutip pengalaman dari orang yang lebih tua dan berilmu dari saya dan ilmu-ilmu ini wajib saya sebarkan bagi menyedarkan pemuda-pemudi semua dan juga diri saya . Jika mahu ditanya tentang hal ini dengan lebih lanjut mungkin saya tak tahu, apa yang saya tahu saya ceritakan. Sekian dari saya.
Wallahualam.
0 comments

Can Boys and Girls be "just friend"?

Assalammualaikum,

 


Soalan di atas sentiasa ditanya oleh semua orang terutama golongan muda. Boleh ke lelaki dan perempuan berkawan? Erm, bagi saya tak boleh. Yaa,memang betul ada masanya kita perlu berikhtilat dengan ajnabi seperti dalam hal sekolah,kerja,perniagaan dan lain-lain asalkan perbincangan kita dengan ajnabi bukannya perkara yang sia-sia.

Hukum berikhtilat.
Ikhtilat bukan mahram asalnya haram…hah?!! Haram? Seriously? Yaa, I’m serious.
Tetapi apabila ada hal-hal yang tertentu baru kita boleh berkomunikasi dengan mereka. Itupun belum pasti lagi,contohnya hal pembelajaran. Lelaki Tanya perempuan tentang subjek yang tidak difahami sedangkan lelaki tersebut boleh je tanye sesame jantina mereka, tanya cikgu lagi bagus.
Saya bukannya nak syadid sangat… saya pun banyak berjumpa dengan ajnabi atas hal-hal tertentu but we have to find a way of guiding interaction between brothers and sisters . cara-cara nak berkomunikasi,bagaimana nak jaga pandangan apabila bercakap and others.

Adab-adab berikhtilat :

  1. Jaga suara. Tidak perlu terlalu garang dan tidak perlu terlalu lembut. Tone kasi santai je.
  2. Jaga mata. Apabila berkomunikasi kita boleh pandang ajnabi TETAPI pandang dengan tanpa ada rasa syahwat langsung dan pandang tu hanya 3 saat contoh pandang 3 saat toleh tempat lain kejap pastu pandang balik, dengan cara ini anda boleh kawal mata anda yang nakal tu.
  3. Jaga jarak. Jarak tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh,sama je macam adab no. 1 tu.bersederhana ye.
  4. Perbincangan tersebut mesti di tempat awam dan lagi bagus ada mahram bersama.
 Okey, setel ? sudah faham…bagaimana pula ikthtilat di dunia maya?
Perkara ni selalu menjadi perbualan hangat antara ikhwah dan akhwat. Di dunia realiti ikhtilatnya dijaga comey tapi di dunia maya hancur.

Adab berikhtilat di laman sosial:

  1. No emoticon yang boleh rangsang nafsu. Smiley tu kena jaga sikit
  2. Terhadkan perbualan.
  3. Kurangkan penggunaan  haha,huhu,hihi,hoho sesama ajnabi..
Itu je kut…
ramai cakap,”aik salahke nak tulis 'haha' kat ajnabi?”
Boleh lagi tanya salah atau tak? Absolutely wrong,you can’t do that. Dengan cara tu ,awak dah buka satu jalan fitnah dan jalan bagi syaitan untuk sesatkan lagi awak.Mula la start,kalaU tak chat langsung rasa bosan. Weii, Lagho,lagho,lagho ! Jangan salahkan orang lain jika perbincangan awak dengan ajnabi membuatkan orang awam merasa hairan . muhasabah balik cara komunikasi tu,mungkin ada yang tidak kena.
Beware! Perkara yang sikit-sikit tu la akan jadi besar. Dunia kita ini,zaman fitnah zaman berleluasanya maksiat. Kita sebagai umat islam mesti kerjasama tegah masalah ini. Panjang pulak membebel.

Sayonara,adios… ilal liqa’


Wallahualam.
0 comments

travel around Temerloh


Assalamualaikum...
erm, xde apa nak cerita sangat cuma nak kongsi sikit walau sibuk mana pun kita ukhwah semestinya terus terjalin...masing-masing dari kami semuanya sibuk,kelas pun lain-lain ,tahun ni pulak kami amik SMA,memang payah la jumpa kan...
tegur dalam fb,whatapps,wechat...bosan,tak dapat tengok muka
so,kami pilih hari semalam untuk kami kuatkan jalinan ukhwah kami...best!!!

 

study jgn sTIDO

wefie dpn library..

masa untuk makan...!

Add captionayam pepper (ayamas) nyum^^

muka-muka laporrr



memang best...ada lagi sebenarnya yang tak dapat hadir perjumpaan ukhwah ini,huhu...
to all my friends,this for you



jangan jeloss...babai,adioss




0 comments

kerana itu aku kuat






BISMILLAH

kosong,pedih,sakit... terkadang nak buang jauh-jauuuuhhh hati ni biar tiada apa rasa
biar tiada rasa sedih 
biar tiada rasa takut ingin maju kehadapan dek kerana masa lampau
kenapa???
kenapa aku perlu sedih?
aku tak tahu, itu jawapannya dan semestinya jawapan itu tak memuaskan aku

saat aku melangkah ke sekolah ada dua perkara yang selalu aku takut.
aku takut aku sakitkan hati orang lain dan aku takut orang lain sakitkan hati aku
kalau boleh,terasa nak asingkan diri dari semua orang
tapi mampukah aku?


walau hati ini sudah retak dan hancur sekalipun, aku cuba untuk kutip dan cantumkan kembali hati ini untuk diberikan kepada semua yang penting dalam hidup aku.
aku akan cuba yang terbaik.... untuk agihkan rasa sayang aku kepada sahabat-sahabat dan keluarga
maafkan aku , ini yang mampu aku persembahkan

lepaskan segalanya...


0 comments

rantai Islam



BISMILLAH

penat... hanya itu yang aku mampu ungkapkan
masalah-masalah sosial yang banyak terjadi pada zaman kini
berzina,buang bayi,pergaulan bebas,dadah,buli ...perkara yang kita dengar sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita

tapi, apa tindakan kita?
hanya melihat?! hei, Islam hanya ada pada kad pengenalan sahaja? dimana Islam di hati-hati umat kita? atau hati-hati umat Islam sudah mati?
betapa malunya jika jasad masih bernyawa namun hati sudah mati
kepada para remaja
saya tahu sifat anda yang ingin belajar perkara baru ,sifat ingin tahu juga sentiasa membuak-buak dalam diri remaja kerana saya juga sekarang berada dalam fasa remaja

saya faham dan pada fasa inilah mengajar saya menjadi seorang yang matang,boleh berfikir baik dan buruk,boleh membuat pilihan sendiri
pada fasa ini juga,saya belajar banyak perkara-berkara baru,dapat cipta pengalaman manis bersama sahabiah-sahabiah
dan pada fasa ini ,saya perlu tingkatkan iman, perbaiki akhlak , sempurnakan ibadah dan paling penting 'spread dakwah' ,right?
bukan masanya untuk kita bercinta,berfikir perkara yang lagha dan berfoya-foya
melakukan perkara seperti itu hanya melambatkan perjalanan kita sebagai khalifah untuk mengejar-Nya
ini kewajipan kita untuk meyebarkan dakwah bukan khas kepada pelajar agama,pelajar tahfiz,para ustaz dan ustazah
kita semua membuat perubahan dalam dunia Islam pada era moden ini
bagaimana?
pesan saya hanya satu...SAYANG SAUDARA ISLAM KITA
in syaa Allah akan dipermudahkan segalanya

KEIKHLASAN KITA, MUNGKIN ORANG LAIN TAKKAN TAHU, TAPI SEMAKIN KITA JUJUR  KEIKHLASAN KITA ITU AKAN NAMPAK


wallahu a'lam
0 comments