Assalammualaikum
Dari masalah yang
simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula
dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati
dan dengki.
Bila perasaan ini
dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati
itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara
ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi
mindzaalik.
Bagaimana menangani
rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Antara petua – petua
yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita
menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.
Mungkin kita sakit
hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba
bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.
Jangan-jangan kita
sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri
dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki
adalah beberapa ruang yang menjadi pintu
bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
Angan – angan yang
berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.
Bila tidak
dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai
cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.
Demikian sifat iri
hati dan dengki.
Sifat ini berasal
dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian.
Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.
Manusia juga tak
akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang
ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi
dirinya.
Maka hapuskanlah
terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda,
“Tidak boleh dengki
kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian
membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah,
kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri
dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah
timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan
akal.
Jika akal sudah
lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya,
lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam
Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras
hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat
Pemaaf.
“Jadilah engkau
pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang
yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq,
Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar
gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan
sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia
yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan
kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu,
hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada
Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan,
nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan
manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon
(Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang
beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka
itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan
janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah
seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah
kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang
muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia
memperkecilkan orang lain.
Dia mengatakan
macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.
Tentu, perkara
ini yang tidak benar.
Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap
titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak
berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata
yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
Orang yang ikhlas
dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.
Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi.
Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah
mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.
Dia selalu percaya
bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.
Orang yang ikhlas
akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya
kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan
yang terindah,
Sebagai balasannya
kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.
Kadangkala, sulit
membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.
Tetapi, biarpun luka
hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum
memberi maaf..
DOA PENERANG HATI
wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku tugasku, lepaskan sipmpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku (surah taha: 25-28)
website from › akuislam.com
0 comments:
Post a Comment