You'll never be brave if you don't get hurt. You'll never be learn if you don't make mistakes. You'll never be succesful if you don't encounter failure.

rantai Islam



BISMILLAH

penat... hanya itu yang aku mampu ungkapkan
masalah-masalah sosial yang banyak terjadi pada zaman kini
berzina,buang bayi,pergaulan bebas,dadah,buli ...perkara yang kita dengar sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita

tapi, apa tindakan kita?
hanya melihat?! hei, Islam hanya ada pada kad pengenalan sahaja? dimana Islam di hati-hati umat kita? atau hati-hati umat Islam sudah mati?
betapa malunya jika jasad masih bernyawa namun hati sudah mati
kepada para remaja
saya tahu sifat anda yang ingin belajar perkara baru ,sifat ingin tahu juga sentiasa membuak-buak dalam diri remaja kerana saya juga sekarang berada dalam fasa remaja

saya faham dan pada fasa inilah mengajar saya menjadi seorang yang matang,boleh berfikir baik dan buruk,boleh membuat pilihan sendiri
pada fasa ini juga,saya belajar banyak perkara-berkara baru,dapat cipta pengalaman manis bersama sahabiah-sahabiah
dan pada fasa ini ,saya perlu tingkatkan iman, perbaiki akhlak , sempurnakan ibadah dan paling penting 'spread dakwah' ,right?
bukan masanya untuk kita bercinta,berfikir perkara yang lagha dan berfoya-foya
melakukan perkara seperti itu hanya melambatkan perjalanan kita sebagai khalifah untuk mengejar-Nya
ini kewajipan kita untuk meyebarkan dakwah bukan khas kepada pelajar agama,pelajar tahfiz,para ustaz dan ustazah
kita semua membuat perubahan dalam dunia Islam pada era moden ini
bagaimana?
pesan saya hanya satu...SAYANG SAUDARA ISLAM KITA
in syaa Allah akan dipermudahkan segalanya

KEIKHLASAN KITA, MUNGKIN ORANG LAIN TAKKAN TAHU, TAPI SEMAKIN KITA JUJUR  KEIKHLASAN KITA ITU AKAN NAMPAK


wallahu a'lam
0 comments

rahsia



BISMILLAH

seorang rakan...bukan kawan apatah lagi sahabat,sangat jauh kalau nak dijadikan sahabat
tetapi....hari-hari dia penuh dengan ujian namun dia kuat, dia sentiasa tersenyum di samping teman-teman rapatnya. di kelas, dia selalu diejek,diperli sedangkan dia tidak mengganggu hidup orang lain. kesian,siapa tidak kesian?...baru-baru ini orang yang tersayang meninggalkan dia. rapuh hati aku melihat ujian yang dihadapinya
'kenapa tak rapat dengan dia je?' alhamdulillah,sekarang aku rapat dengan dia malah tersangat rapat...

kisahnya begini

kisahnya semestinya bermula di sekolah kan...ok la, guna ayat biasa jelahh
ada suatu hari tu,saya dipanggil oleh guru kelas atas beberapa tugasan. semasa perjalanan pergi ke kelas, saya ada ternampak rakan saya di sebuah pondok wakaf sekolah kami...hairan la jugak.'kenapa dia duduk kat situ ye?sekarang ni masa waktu belajar'. aku pergi je la kat dia kan,takut jugak nak tegur sebabnya kedengaran macam dia sedang menangis.tapi aku kuatkan diri datang kepada dia..."hey,awak.sekarang waktu belajar ni.masuk kelas,boleh?'aku gunakan suara yang paling halus takut dia terasa hati pulak ganggu dia sedang menangis...alangkah terkejutnya saya,dia datang terus peluk saya sambil berkata" penat,aku penat" dengan suaranya yang serak...
saya pun risau la jugak...'ok,kenapa ni?ada masalah apa?' 
dia cerita semua kisah dia dari awal hingga akhir. fuhhh,memang berliku seharian dia
selepas dari hari tu,kami rapat ...saya pun tak tahu semudah itu kami rapat dan tidak disangka juga segala rahsia dia yang dipendam sekalian lama diluahkan kepada saya yang hanya seorang rakan. Ya Allah,betapa jahatnya aku membiarkan dia diejek,dihina,diperli sebegitu rupa. aku biarkan je sebab aku tahu dia kuat tapi apakan daya dia juga manusia aku juga manusia.ada kelemahannya tersendiri. selepas dia habis menceritakan segala kisah hidup dia,hanya satu yang aku kata 'ALLAH'...esakan dia terhenti seketika
'maksud awak?' 
"Allah itu Maha Ada,Maha Wujud,Maha Mendengar,Maha Mengasihani,dia sayang awak dia beri ujian seperti ini untuk melihat tahap iman awak.jangan pernah bersedih dengan apa yang Allah bagi,mungkin ada hikmah disebaliknya"
'semua orang cakap ada hikmah disebaliknya tetapi saya tak nampak apa hikmah.sebenarnya apa hikmahnya Allah bagi semua ujian ni kepada saya?'
"awak harus cari sendiri dan dalam pencarian hikmah itu awak perlu bersabar"

Dia terdiam.saya suruh dia lap air mata dia
kami masuk kelas bersama dan tu je la

pengajarannya
~tolong jangan jadi salah seorang daripada penghina,pengejek,pemerli atau apa-apa yang   membuat orang lain terasa hati(please don't be someone like that)
~menerima ujian dari Allah dengan hati yang lapang,tenang,pasrah dan reda.
  
dan lain-lain...

p/s:jika anda sayang saudara sesama Islam anda,anda doakan dia tau...

     :apa yang saya tulis tidak semestinya berlaku pada saya. saya mendapat ilham 
      dari buku,pengalaman orang awam dan persekitaran saya

sekian dari saya...
wallahua'lam

0 comments

La tahzan! Robbuna ma'ana



ASSALAMMUALAIKUM

jika tiada ujian, dunia umpama tiada apa-apa...kosong,dunia sperti kertas putih yang tiada coraknya
Allah uji kerana Dia sayang,bersabarlah
pernah tak kita terfikir,saat kita ditimpa ujian...kita melihat orang yang lebih susah dari kita?
pernah ke? kita berputus asa umpama tiada hari esoknya...Allah itu Maha penyayang
jangan engkau terputus dari rahmatnya
salah satu nasihat ibu saya " jika ingin tahu tahap iman seseorang itu , lihat bagaimana diri dia ketika ditimpa ujian" Allahu, ayat ibu saya sudah cukup untuk saya tetap bangun dalam kehidupan yang penuh cabaran .

zalim.
pernah dizalimi? atau zalim terhadap orang lain?
dizalimi, saya dulu juga pernah mangsa yang dizalimi... pada ketika itu, hati ini sepertinya hancur
air mata mengalir tersangat deras, badan terasa tak bermaya, rasa seperti tidak mahu hidup lagi
dan saat diri ini dizalimi, pada hari lahir saya
tersangatlah terseksa
saya menceritakan kisah hidup bukan untuk membuka aib saya sendiri, tapi untuk memberi kesedaran kepada orang awam
orang yang zalim...
pernah menzalimi insan lain? minta ampun kepada mereka, engkau mungkin tidak merasa bertapa sakitnya hari-hari yang dilalui oleh insan yang dizalimi ini . mungkin sekarang anda bersuka-ria menzalimi insan lain tapi kau hanya perlu tunggu azab yang bakal tiba ...dan ingat doa orang yang dizalimi tiada hijab dan segera dimakbulkan

jika saat ini anda ditimpa ujian, berdoa kepada Allah...Dia sebaik-baik pendengar
sujud...hati akan tenang,biarkan air mengalir ketika itu. baru tersedar ketika itu sayangnya Allah kepada diri yang lemah dan sentiasa melampaui batas .

wallahua'lam. 0 comments

ALHAMDULILLAH !











BISMILLAHI 
yaaaa, Alhamdulillah sudah disebut hari ini. ucapan syukur kepadanya atas segala nikmat yang tidak terhingga... tetapi ramai diantara kita masih mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh
yang berwajah putih menginginkan kulit sawa matang
yang berkulit sawa matang nak kulit putih
yang berambut lurus menginginkan rambut kerinting
yang berambut kerinting pula mahukan rambut lurus
banyak lagi contoh-contoh sebenarnya... kita bangun tidur, melihat cermin adakah kita mengatakan Ya Allah, syukur kerana engkau masih berikan nyawa ini untuk terus beribadat
syukur atas segala nikmat yang mungkin ada yang tak mempunyai seperti aku
ada yang tidak sempurna anggota badannya, aku sempurna tubuh badan tapi kenapa kadang- kadang susah untuk meluahkan syukur kepadanya
ada yang masih kelaparan dan kita diberi pelbagai jenis makanan yang enak, lazat dan menyelerakan ...nyumm ^^
tapi keluhan itu sentiasa ada
pernahkah kita menangis melihat saudara - saudara Islam kita di luar sana, kelengkapan masih kurang seperti pakaian, makanan, tempat tinggal malahan keluarga sendiri juga pergi menghadap ilahi... Allah, betapa kerasnya hati kita kerana sukar mengungkapkan kata-kata syukur.  Hanya menyebut Alhamdulillah sudah payah, apatah lagi syurga yang mahal harganya
dan bukan senang untuk mendapatkannya. perlukan jihad yang kuat melawan nafsu, perlukan akidah yang kukuh, memerlukan akhlak yang mulia dan amal ibadat yang sempurna
Semoga kita bersedia menghadapi liku-liku di akhir zaman ini



" BE HAPPY WITH WHAT YOU HAVE WHILE WORKING FOR WHAT YOU WANT " 
so much has been given to me, I have no time to ponder over that which has been denied ' 
-Helen Keller-

2 comments

sweetnya Allah


bagaimana rasanya Cinta bertepuk sebelah tangan...sakit kan? tapi pernah tak terfikir , Allah sayang kita tapi kita lupa Allah...sesungguhnya manusia selalu alpa dan lalai
bagaimana rasanya rindu dekat seseorang? rasa macam tertekan, rasa nak jerit je kadang-kadang tapi bagaimana pula dengan Allah yang selalu rindu dengan doa hamba-hamba-Nya
bagaimana pula rasanya cemburu? benci bukan?...melihat orang yang kita sayang bersama orang lain... tapi Allah? tak terfikir ke Allah cemburu bila kita melebihkan dunia dari DIA
.
kadang-kadang Allah timpakan ujian kepada hamba-Nya kerana DIA sayang... kenapa kita perlu mengeluh? bergembiralah wahai hati jika anda ditimpakan ujian
pesan salah seorang sahabat saya
" 1. manusia yang hidup senang tanpa melalui kesusahan
   2. manusia yang hidup sehat tanpa pernah jatuh sakit
   3. manusia yang sentiasa gembira,seronok tanpa merasai sedih, duka, kecewa dan pilu.
          kalau ada ketiga-tiga benda ni dalam kehidupan kita, bukan sahaja membuatkan seorang
          yang beriman lupa kepada Allah, bahkan dia akan melawan Allah s.w.t "

takut kan? bersyukurlah bila ditimpakan ujian

"UJIAN adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita sabar atau sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari-Nya"


0 comments

tabahnya Ibu



sekuat mana seorang lelaki...mahupun badannya berotot,namun tetap kalah dengan seorang Ibu .
tabahnya dia saat membawa kandungan kesana-kemari, tidak didengari sebarang keluhan darinya
saat dia melahirkan ana, sungguh ana bersyukur . Ibu masih sayangkan ana
.
semua masalah, cerita, pengalaman akan ana kongsi bersama ibu... dia memang memahami ana, dia adalah sahabat pertama dan orang yang pertama yang ana kenal di dunia ini...
.
teringat kembali sewaktu ibu terpaksa tinggalkan kami sekeluarga kerana ingin menunaikan umrah... hari itu juga tidak dapat menahan rindu, ana curi-curi mengambil kain batik kesayangan ibu dari almarinya dan bawa bersama untuk tidur. lama kemudian, ibu telefon dari sana
mengalir airmata apabila dapat mendengar suara ibu .

"Ibu kenal anak ibu, mesti tengah rindukan Ibu kan?"
'hmm...' *menahan airmata
"jangan menangis, anak Ibu kuat...mana boleh menangis"

alangkah gembiranya aku apabila mengungkapkan kata-kata semangatnya ... riak muka kembali tersenyum tapi agak hambar
.
walau apapun... dia tetap ibuku, sayangku perlu dilebihkan padanya melebihi sahabat-sahabat karibku yang lain, juga perlu lebihkan juga ibu melebihi ayah ye ^^ selagi tanggungjawab ana tidak teralih kepada bakal suami
.
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA... DAN TAK LUPA JUGA UNTUK BAKAL IBU...

#mengejar mardhatillah 0 comments

dialah SAHABATKU dunia akhirat


kami berbeza...dia seorang yang lembut dan pemalu, ana pula seorang yang berani dan kurang sabarnya. 
dia datang bagaikan penyelamat aku tikala ana ditimpa ujian
dia datang menjadi penyokong dari belakang
dia juga seorang yang banyak mengorbankan duit, tenaga dan masa untuk ana
kadang-kadang rasa serba salah selalu membelengu di setiap sudut hatiku
.
Allah,
engkau telah hadirkan seorang yang istimewa buatku
engkau berkatilah umurnya dan berikanlah kebaikan untuknya di dunia dan akhirat
Ya rabb,
jangan engkau palingkan hatinya setelah engkau memberinya hidayah.
ikhlaskan hatinya dalam melakukan setiap ibadahmu
kuatkanlah akidahnya bagi menempuh rintangan pada akhir zaman ini
ya malik,
berikanlah kekuatan dan ketabahan untuk menempuhi segala dugaan yang telah ditetapkan di luh mahfuz kepadanya
dan jadikanlah dia insan yang sentiasa bersyukur kerana dapat merasai indahnya nikmatmu.
Sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... aamiinn~
.
kalau sayang doakanlah dia di setiap sujudmu, kasihi mereka seperti kasihnya kau pada diri sendiri, dan jangan biarkan sahabatmu jatuh ke jurang maksiat, tarik mereka untuk tidak lalai dan alpa dari sebarang peringatan dan nasihat dari Allah.

" A true friends is someone who accepts your past, supports your present, and encourages your future. "
#mengejar mardhatillah


0 comments

cinta itu FITRAH


CINTA...KASIH...SAYANG...RINDU
semuanya terkait dengan HATI
bila sudah terbit rasa Cinta dalam hati,semestinya akan ada rasa Kasih, Sayang, Rindu
tapi tahukah adik-adik, kakak-kakak, teman-teman semua
rasa Cinta itu adalah Fitrah, dan Fitrah itu adalah suci
takkan teman-teman semua nak rosakkan rasa Cinta dengan debu-debu dosa
.
malu... bila ada kawan yang keluar sana-sini dengan ajnabi
malu... bila ada rakan yang berchatting tanpa ada urusan sesama lelaki
tapi, adakah kita hanya melihat?
jika anda sahabat yang baik untuk mereka, saudara islam yang memberi hak yang sepatutnya kepada saudara islam yang lain
biarkan mereka jika mereka mengatakan anda bajet alim
tapi jangan biarkan mereka tejerumus dalam Cinta penuh noda
buktikan yang anda sayang mereka
dengan menasihati dengan cara berkhemah...
.

''Allah menjadikan kamu cinta pada keimanan dan menjadikan(iman) itu indah
dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan.
Mereka itulah orang-orang yang mengikut jalan-jalan yang lurus" 
 (Al-Hujurat, 49:7)
 #mengejar mardhatillah 0 comments

PENAT


kadang rasa ujian ini tidak dapat dipikul... terasa tidak mampu bangun
mencari-cari semangat untuk bangkit kembali tapi tidak jua kutemui
Hanya kepadanya aku mengadu

Ya Allah,
aku penat...
aku tahu kau tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu aku tanggung
kerana sifat mu yang maha penyayang melebihi sayangnya ibu terhadap anaknya
kerana sifat mu yang maha mengasihani melebihi kasihnya seorang suami kepada isterinya
mungkin ujian ini untuk mematangkan aku pada masa hadapan
mungkin ujian ini untuk aku lebih bersiap siaga terhadap apa jua rintangan
mungkin ujian ini untuk menguatkan aku melawan musuh-musuh yang mendatang
akan ku cari hikmah di sebalik ujian mu

"Allah, aku percaya jika rencanamu jauh lebih indah
dan aku percaya doa-doaku akan terjawab di waktu yang tepat."

#mengejar mardhatilah
0 comments