tabahnya Ibu
Labels: motivationsekuat mana seorang lelaki...mahupun badannya berotot,namun tetap kalah dengan seorang Ibu .
tabahnya dia saat membawa kandungan kesana-kemari, tidak didengari sebarang keluhan darinya
saat dia melahirkan ana, sungguh ana bersyukur . Ibu masih sayangkan ana
.
semua masalah, cerita, pengalaman akan ana kongsi bersama ibu... dia memang memahami ana, dia adalah sahabat pertama dan orang yang pertama yang ana kenal di dunia ini...
.
teringat kembali sewaktu ibu terpaksa tinggalkan kami sekeluarga kerana ingin menunaikan umrah... hari itu juga tidak dapat menahan rindu, ana curi-curi mengambil kain batik kesayangan ibu dari almarinya dan bawa bersama untuk tidur. lama kemudian, ibu telefon dari sana
mengalir airmata apabila dapat mendengar suara ibu .
"Ibu kenal anak ibu, mesti tengah rindukan Ibu kan?"
'hmm...' *menahan airmata
"jangan menangis, anak Ibu kuat...mana boleh menangis"
alangkah gembiranya aku apabila mengungkapkan kata-kata semangatnya ... riak muka kembali tersenyum tapi agak hambar
.
walau apapun... dia tetap ibuku, sayangku perlu dilebihkan padanya melebihi sahabat-sahabat karibku yang lain, juga perlu lebihkan juga ibu melebihi ayah ye ^^ selagi tanggungjawab ana tidak teralih kepada bakal suami
.
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA... DAN TAK LUPA JUGA UNTUK BAKAL IBU...
#mengejar mardhatillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment