You'll never be brave if you don't get hurt. You'll never be learn if you don't make mistakes. You'll never be succesful if you don't encounter failure.

sweetnya Allah


bagaimana rasanya Cinta bertepuk sebelah tangan...sakit kan? tapi pernah tak terfikir , Allah sayang kita tapi kita lupa Allah...sesungguhnya manusia selalu alpa dan lalai
bagaimana rasanya rindu dekat seseorang? rasa macam tertekan, rasa nak jerit je kadang-kadang tapi bagaimana pula dengan Allah yang selalu rindu dengan doa hamba-hamba-Nya
bagaimana pula rasanya cemburu? benci bukan?...melihat orang yang kita sayang bersama orang lain... tapi Allah? tak terfikir ke Allah cemburu bila kita melebihkan dunia dari DIA
.
kadang-kadang Allah timpakan ujian kepada hamba-Nya kerana DIA sayang... kenapa kita perlu mengeluh? bergembiralah wahai hati jika anda ditimpakan ujian
pesan salah seorang sahabat saya
" 1. manusia yang hidup senang tanpa melalui kesusahan
   2. manusia yang hidup sehat tanpa pernah jatuh sakit
   3. manusia yang sentiasa gembira,seronok tanpa merasai sedih, duka, kecewa dan pilu.
          kalau ada ketiga-tiga benda ni dalam kehidupan kita, bukan sahaja membuatkan seorang
          yang beriman lupa kepada Allah, bahkan dia akan melawan Allah s.w.t "

takut kan? bersyukurlah bila ditimpakan ujian

"UJIAN adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita sabar atau sebaliknya,
kesenangan yang datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari-Nya"


0 comments

tabahnya Ibu



sekuat mana seorang lelaki...mahupun badannya berotot,namun tetap kalah dengan seorang Ibu .
tabahnya dia saat membawa kandungan kesana-kemari, tidak didengari sebarang keluhan darinya
saat dia melahirkan ana, sungguh ana bersyukur . Ibu masih sayangkan ana
.
semua masalah, cerita, pengalaman akan ana kongsi bersama ibu... dia memang memahami ana, dia adalah sahabat pertama dan orang yang pertama yang ana kenal di dunia ini...
.
teringat kembali sewaktu ibu terpaksa tinggalkan kami sekeluarga kerana ingin menunaikan umrah... hari itu juga tidak dapat menahan rindu, ana curi-curi mengambil kain batik kesayangan ibu dari almarinya dan bawa bersama untuk tidur. lama kemudian, ibu telefon dari sana
mengalir airmata apabila dapat mendengar suara ibu .

"Ibu kenal anak ibu, mesti tengah rindukan Ibu kan?"
'hmm...' *menahan airmata
"jangan menangis, anak Ibu kuat...mana boleh menangis"

alangkah gembiranya aku apabila mengungkapkan kata-kata semangatnya ... riak muka kembali tersenyum tapi agak hambar
.
walau apapun... dia tetap ibuku, sayangku perlu dilebihkan padanya melebihi sahabat-sahabat karibku yang lain, juga perlu lebihkan juga ibu melebihi ayah ye ^^ selagi tanggungjawab ana tidak teralih kepada bakal suami
.
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA... DAN TAK LUPA JUGA UNTUK BAKAL IBU...

#mengejar mardhatillah 0 comments

dialah SAHABATKU dunia akhirat


kami berbeza...dia seorang yang lembut dan pemalu, ana pula seorang yang berani dan kurang sabarnya. 
dia datang bagaikan penyelamat aku tikala ana ditimpa ujian
dia datang menjadi penyokong dari belakang
dia juga seorang yang banyak mengorbankan duit, tenaga dan masa untuk ana
kadang-kadang rasa serba salah selalu membelengu di setiap sudut hatiku
.
Allah,
engkau telah hadirkan seorang yang istimewa buatku
engkau berkatilah umurnya dan berikanlah kebaikan untuknya di dunia dan akhirat
Ya rabb,
jangan engkau palingkan hatinya setelah engkau memberinya hidayah.
ikhlaskan hatinya dalam melakukan setiap ibadahmu
kuatkanlah akidahnya bagi menempuh rintangan pada akhir zaman ini
ya malik,
berikanlah kekuatan dan ketabahan untuk menempuhi segala dugaan yang telah ditetapkan di luh mahfuz kepadanya
dan jadikanlah dia insan yang sentiasa bersyukur kerana dapat merasai indahnya nikmatmu.
Sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... aamiinn~
.
kalau sayang doakanlah dia di setiap sujudmu, kasihi mereka seperti kasihnya kau pada diri sendiri, dan jangan biarkan sahabatmu jatuh ke jurang maksiat, tarik mereka untuk tidak lalai dan alpa dari sebarang peringatan dan nasihat dari Allah.

" A true friends is someone who accepts your past, supports your present, and encourages your future. "
#mengejar mardhatillah


0 comments

cinta itu FITRAH


CINTA...KASIH...SAYANG...RINDU
semuanya terkait dengan HATI
bila sudah terbit rasa Cinta dalam hati,semestinya akan ada rasa Kasih, Sayang, Rindu
tapi tahukah adik-adik, kakak-kakak, teman-teman semua
rasa Cinta itu adalah Fitrah, dan Fitrah itu adalah suci
takkan teman-teman semua nak rosakkan rasa Cinta dengan debu-debu dosa
.
malu... bila ada kawan yang keluar sana-sini dengan ajnabi
malu... bila ada rakan yang berchatting tanpa ada urusan sesama lelaki
tapi, adakah kita hanya melihat?
jika anda sahabat yang baik untuk mereka, saudara islam yang memberi hak yang sepatutnya kepada saudara islam yang lain
biarkan mereka jika mereka mengatakan anda bajet alim
tapi jangan biarkan mereka tejerumus dalam Cinta penuh noda
buktikan yang anda sayang mereka
dengan menasihati dengan cara berkhemah...
.

''Allah menjadikan kamu cinta pada keimanan dan menjadikan(iman) itu indah
dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan.
Mereka itulah orang-orang yang mengikut jalan-jalan yang lurus" 
 (Al-Hujurat, 49:7)
 #mengejar mardhatillah 0 comments

PENAT


kadang rasa ujian ini tidak dapat dipikul... terasa tidak mampu bangun
mencari-cari semangat untuk bangkit kembali tapi tidak jua kutemui
Hanya kepadanya aku mengadu

Ya Allah,
aku penat...
aku tahu kau tidak akan memberikan ujian yang tidak mampu aku tanggung
kerana sifat mu yang maha penyayang melebihi sayangnya ibu terhadap anaknya
kerana sifat mu yang maha mengasihani melebihi kasihnya seorang suami kepada isterinya
mungkin ujian ini untuk mematangkan aku pada masa hadapan
mungkin ujian ini untuk aku lebih bersiap siaga terhadap apa jua rintangan
mungkin ujian ini untuk menguatkan aku melawan musuh-musuh yang mendatang
akan ku cari hikmah di sebalik ujian mu

"Allah, aku percaya jika rencanamu jauh lebih indah
dan aku percaya doa-doaku akan terjawab di waktu yang tepat."

#mengejar mardhatilah
0 comments