You'll never be brave if you don't get hurt. You'll never be learn if you don't make mistakes. You'll never be succesful if you don't encounter failure.

islam is the way of life



Assalammualaikum




Satu kisah tentang seorang lelaki muda dari US, Amerika. Seseorang yang kuat agamanya.

Suatu hari dia masuk ke dalam lif dan  apabila dia di dalam lif, seorang perempuan masuk ke dalam lif dengan keadaannya yang tidak menutup aurat. Lelaki tersebut hanya tunduk ke lantai tanpa melihat perempuan tersebut. Perempuan itu merasa marah,sakit hati kerana pertama kali seseorang tidak memandangnya. Perempuan mula membuat bunyi dan hanya mereka berdua di dalam lif . lelaki itu tetap tunduk ke lantai dan tidak berkata apa-apa.

Lif itu berhenti dan perempuan itu nak ke tingkat yang lebih tinggi. Apabila lelaki keluar dari lif perempuan itu mengikutnya dari belakang dan perempuan bercakap “hey, you know what? I’m very offended! Am I so bad, si dirty, so ugly that you couldn’t even look?”. Perempuan ini jujur dan dia biasanya dilatih yang setiap perempuan perlu menarik perhatian lelaki. Lelaki itu berkata “ look my sister you know what l’m a Muslim, I respect you so much, really! And I have a wife and daughter, mom and I would not … I don’t want to insult myself and and yourself and you know.. staring at you, what am I gain by it? Dan lelaki tersebut menjelaskan dengan cara yang baik. Perempuan itu minta nombor telefon lelaki itu dan dengan cara yang hormat lelaki itu setuju. Lelaki itu berhubung dengan perempuan itu dan lelaki tersebut menerang kan tentang Islam.. masha Allah, perempuan itu memeluk agama islam. Perempuan itu berkata “Islam telah membebaskan aku dari seseorang yang keluar dari rumah dengan melihat cermin selama setengah jam dan lebih tanpa menghabiskan masa dengan berbagai jenis baju, saya hanya perlu memakai jubah hitam dan berjalan keluar dari rumah”.

Dari kisah yang pendek ini kita tidak boleh juga menyalahkan perempuan 100% tentang aurat mereka. Lelaki juga wajib menjaga matanya dari perkara maksiat dan saya lebih suka jika lelaki sendiri yang menegur sebilangan perempuan yang tak menutup aurat. Lelaki muslim sifatnya melindungi dan memimpin.

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..." (surah al-Nisa', 4:34).

Yaa. Wanita adalah tanggungjawab kamu, wahai muslimin semua. Perlu ada sifat malu dalam diri lelaki jika muslimat pula yang memimpin kamu bukannya muslimat pula perlu dipimpin. Muslimat pun sama, jangan ingat lelaki itu pemimpin,awak kena tunggu lelaki gerak dulu baru awak tersedar. Wanita solehah itu bijak menguruskan diri dan menjaga maruahnya.

" Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "(surah al-Ahzab, 33:59)

Okey, that’s it. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya yang banyak kekurangannya.


Wallahualam.
0 comments

Penawar hatiku

Assalammualaikum

Image result for hati yang sakit dalam islam

Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.

Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.

Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri.

Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita  bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki

Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang  yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.

Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya.

Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki  menghilang

Rasulullah bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).


3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.

Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal.

Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.

“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.

Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,

“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).



5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini  yang tidak benar.

 Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik  yang cenderung untuk  memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.



6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.

Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.

 Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan  adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,

Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.


Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..

DOA PENERANG HATI
wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, mudahkanlah bagiku tugasku, lepaskan sipmpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku  (surah taha: 25-28) 

website from ›  akuislam.com
0 comments

tanda-tanda seseorang suka kamu



Assalammualaikum.


Ehem…  saya tak akan beritahu tentang tanda-tanda seseorang suka kamu dan tak perlu untuk diberitahu tetapiiii tunggu dulu jangan terburu-buru. Saya ingin beritahu apa maksud cinta yang sebenar yang selalu disalah erti oleh pemuda-pemudi pada zaman kita ini.

Sibuk bercinta, bercouple. Sedangkan itu bukanlah bukti seseorng mencintai kamu dengan mengikut batas syarak yang telah Islam ajarkan. Kita selalu ditipu tentang cinta yang disiarkan di kaca televisyen,novel dan lagu-lagu dan membuatkan remaja-remaja dibuai oleh angan-angan yang tidak sahih. Mereka selalu memikirkan “adakah dia jodohku?” dan “adakah dia ciri-ciri lelaki/wanita yang aku cari?” . itu hanya dongeng !

Sedarlah! Kita hidup di dunia reality maka berfikirlah secara realistik dan logik. Sepatutnya kita sebagai remaja yang soleh dan bijak perlu membuat persediaan bagi meniti suatu masa nanti yang dipanggil perkahwinan. Alam perkahwinan ini bukannya hanya untuk berseronok,bersuka-ria seperti yang ditayangkan di dalam cerita Hindustan . tidak sama sekali! Alam itu penuh dengan tanggungjawab dan amanah. Bagaimana dapat bertahan dengan pasangan hingga akhir hayat kita? Bagaimana nak cari duit? Sudah dapat duit bagaimana nak bahagikan masa dengan sahabat,isteri dan anak-anak? Bagaimana nak bina keluarga yang mawaddah warahmah? Pelabagai lagi persoalan yang ada diminda kita nanti yang pasti dari sekarang kita ada persediaan. Apa dia persediaan itu? Dari segi kewangan untuk beri nafkah kepada keluarga , dari segi ibadah kita solat tepat pada waktunya, al-quran tidak tinggal dan mempunyai hubungan yang baik dengan Allah. Dari segi emosi adakah kita cukup matang dalam mengawal marah dan sikap suka merajuk. Dari segi ilmu semestinya untuk mengajarkan masyarakat kecil di dalam keluarga kerana kita sebagai ibubapa pada masa akan datang yang mecorakkan mereka. Bagi muslimah pula harus bersedia duduk kat dapur tu,hehe. Yaa, memangla syarat berkahwin tu bukannya seseorang muslimah wajib pandai memasak tetapi persediaan itu perlu. Takkan setiap hari beli makanan di luar,mesti jemu nanti. Belajar sikit-sikit dulu sekurangnya tahu dari tak tahu langsung. Okeyy, semua aspek ini para remaja harus bersiap siaga dari sekarang. Dengan ini, awak-awak semua akan menyibukkan diri  dari  melakukan perkara maksiat . tak akan ada couple atau percintaan yang tak benar-benar ke pernikahan.

Awak ini siapa? Siapa saya tak perlu tahu, saya hanya kutip pengalaman dari orang yang lebih tua dan berilmu dari saya dan ilmu-ilmu ini wajib saya sebarkan bagi menyedarkan pemuda-pemudi semua dan juga diri saya . Jika mahu ditanya tentang hal ini dengan lebih lanjut mungkin saya tak tahu, apa yang saya tahu saya ceritakan. Sekian dari saya.
Wallahualam.
0 comments